Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon di dalam sebuah bas ekspres

Remaja maut kena renjatan elektrik dalam bas ekspres

BUTTERWORTH, 2 Nov: Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon di dalam sebuah bas ekspres di terminal bas Penang Sentral di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bas.

Mangsa dipercayai menggunakan soket pengecas yang terdapat di dalam bas itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Anuar Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaan awal oleh pegawai penyiasat polis ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur pada jari sebelah kirinya.

Katanya, kejadian itu disyaki kesan renjatan elektrik semasa mangsa mengecas telefon miliknya berdasarkan keadaan penghujung kabel pengecas yang cair dan telefon bimbit dalam keadaan panas.

“Hasil temubual saksi, mangsa menaiki bas ekspres untuk ke KL Sentral, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

“Pada kira-kira pukul 6.10 petang, salah seorang penumpang memaklumkan kepada pemandu bas berusia 36 tahun dengan menyatakan mangsa menjerit dan keadaan mulutnya berbuih.

“Kira-kira pukul 6.20 petang, pihak ambulans telah sampai di lokasi dan mengesahkan kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, hasil bedah siasat di Hospital Seberang Jaya dekat sini mendapati mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan