Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan replika cek berjumlah RM9 juta untuk projek PROSPEK Betong bagi tempoh 5 tahun bermula tahun 2025. Foto KKDW

PROSPEK fokus tingkat ekonomi penduduk rumah panjang

ByConnie Grace

BETONG, 2 Nov: Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) terus melangkah ke hadapan dengan rancangan baharu untuk tahun 2025 dengan tumpuan diberikan kepada komuniti rumah panjang di Betong.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah  berkata,  projek tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk setempat dan melibatkan 94 rumah panjang serta kawasan sekitarnya.

Menurutnya, ia akan membawa transformasi melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang dipacu oleh komuniti termasuk pertanian, penternakan dan kraftangan.

“Produk niche seperti penternakan ayam dan tanaman halia dijadikan tunjang utama komponen ekonomi projek ini yang diharapkan dapat memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menyokong pemerkasaan penduduk rumah panjang.

“PROSPEK Betong merupakan usaha pertama seumpamanya yang akan melibatkan rumah panjang secara menyeluruh dan kami yakin ia akan membawa perubahan signifikan dalam taraf hidup penduduk,” katanya.

Beliau turut menambah projek tersebut akan dijalankan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) dan dijangka memberikan peluang pekerjaan lebih luas kepada anak muda tempatan.

“Dengan tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi dan produk niche, PROSPEK Betong dijangka menjadi contoh utama bagaimana pembangunan berfokuskan komuniti dapat membawa perubahan sebenar dalam kehidupan penduduk desa,” ujarnya.

Pada akhir majlis tersebut, Ahmad Zahid menyerahkan replika cek berjumlah RM9 juta untuk projek PROSPEK Betong bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan