Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Pakistan telah mewajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang seluruh negara sebagai langkah meningkatkan keselamatan sempadan. Foto hiasan Envato

Pakistan wajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang

ByBernama

ISLAMABAD, 2 Nov: Kerajaan Pakistan telah mewajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang seluruh negara sebagai langkah meningkatkan keselamatan sempadan, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihaknya telah mengarahkan Agensi Penyiasatan Persekutuan negara pada Jumaat untuk mengambil tindakan segera berkaitan pemasangan mesin biometrik.

Mesin-mesin berkenaan akan dipasang di kaunter imigresen antarabangsa di lapangan terbang untuk memastikan pengesahan penumpang yang berkesan.

Selepas pemasangan mesin berkenaan, pengesahan biometrik akan menjadi syarat wajib bagi pengembara antarabangsa, menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menambah bahawa langkah ini akan menjadikan pelarian dan penjenayah dikehendaki hampir mustahil untuk melakukan perjalanan di dalam atau luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan