Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu

ByBernama

ANKARA, 2 Nov: Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Jurulatih berusia 39 tahun itu akan memimpin pasukan bermula 11 Nov dan akan bersama Red Devils sehingga Jun 2027, menurut kenyataan itu.

Ruud van Nistelrooy akan meneruskan tugasnya sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Amorim.

Manchester United memecat pengurus dari Belanda, Erik ten Hag, pada Isnin selepas kekalahan terbaharu mereka hujung minggu lepas. Dilantik pada April 2022, Ten Hag membawa Manchester United meraih dua trofi domestik iaitu Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

Ketua Jurulatih Sporting Lisbon Ruben Amorim yang pernah menjalani latihan selama seminggu di Manchester United semasa era Jose Mourinho antara 2016 dan 2018, memenangi dua gelaran liga Portugal bersama Sporting Lisbon pada musim 2020-2021 dan 2023-2024, selepas setahun bersama Braga, satu lagi kelab Portugal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan