Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Pakistan ditemui meninggal dunia di parkir awam Medan Sentral, Bintulu, awal pagi tadi.Foto IPD Bintulu

Lelaki warga Pakistan ditemui meninggal dunia di parkir awam

BINTULU, 2 Nov: Seorang lelaki warga Pakistan ditemui meninggal dunia di parkir awam Medan Sentral di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kes itu daripada Hospital Bintulu yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terlantar di parkir awam berdekatan dengan kenderaan yang dipandunya pada jam 5.50 pagi.

“Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai menghidap penyakit kritikal.

“Ketika kejadian mangsa hanya seorang diri dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa adalah seorang warga Pakistan yang menetap di Bintulu hampir 30 tahun dan pernah mendirikan rumah tangga dengan penduduk tempatan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu untuk dibedah siasat bagi mengesahkan punca kematian mangsa.

“Polis mengklasifikasi kes sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” ujarnya.

Nixon menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini, boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Sani Junid (0195666500) atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan