Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas jentolak dikendalikan tiba-tiba terbakar ketika sedang beroperasi di Simpang Tayai Jalan Samarakan, Bintulu, harii ini. Foto JBPM

Lelaki cemas jentolak dikendali terbakar

BINTULU, 2 Nov: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas jentolak dikendalikan tiba-tiba terbakar ketika sedang beroperasi di Simpang Tayai Jalan Samarakan di sini, harii ini.

Komander Operasi, Mazlan Tanin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.53 petang dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Biktulu ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah jentolak yang sedang beroperasi di tepi jalan, terbakar keseluruhan di bahagian enjin dan kabin pemandu.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air tangki jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pengendali jentolak berjaya menyelamatkan diri dan tiada melibatkan kecederaan mangsa.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan