Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengadakan Program Rondaan Cegah Jenayah Sentiasa Bertemu dan Beramah Mesra bertujuan untuk membina hubungan erat antara polis dengan masyarakat. Foto IPD Sibu

Kukuhkan hubungan antara polis dengan masyarakat

SIBU, 2 Nov: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengukuhkan hubungan dengan masyarakat menerusi Program Rondaan Cegah Jenayah, Sentiasa Bertemu dan Beramah Mesra.

Program anjuran Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Sibu itu bertujuan membina hubungan erat antara polis dengan masyarakat dengan tumpuan diberikan kepada pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Menurut IPD Sibu menerusi kenyataan, rondaan berkala di kawasan perumahan diyakini dapat mencegah kejadian pecah rumah dan jenayah kecurian yang lain.

“Penglibatan masyarakat adalah elemen penting dalam program ini seterusnya menggalakkan penduduk berkongsi maklumat dengan pihak polis mengenai jenayah, pelanggaran lalu lintas dan lokasi yang sering digunakan untuk aktiviti lumba haram,” menurut kenyataan tersebut.

IPD Sibu turut menasihatkan orang ramai mengunci rumah ketika keluar atau bercuti.

“Maklumkan kepada polis atau balai terdekat supaya pemantauan dapat dijalankan melibatkan rumah yang ditinggalkan,” jelas kenyataan tersebut.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smart Phone (VSP) yang boleh dimuat turun melalui Play Store bagi memaklumkan sesuatu perkara dengan mudah.

Untuk kemudahan, penduduk boleh menggunakan aplikasi VSP (Volunteer Smart Phone) yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Play Store bagi membuat pemberitahuan ini dengan mudah.

Inisiatif tersebut menekankan kepentingan kerjasama masyarakat dalam mewujudkan persekitaran lebih selamat untuk semua.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan