Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Engkili Anak Lengkoi, Samu, Ulu Paku Spaoh, Betong, hari ini. Foto KKDW

KKDW pastikan pendidikan anak luar bandar terpelihara

ByConnie Grace

BETONG, 2 Nov: Komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan pendidikan anak-anak luar bandar terus terpelihara terbukti melalui inisiatif menyeluruh yang dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, adalah penting sokongan terhadap pembangunan modal insan termasuk bantuan pendidikan peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi agar keperluan komuniti luar bandar tidak terpinggir.

Menurutnya, menerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), KKDW melaksanakan beberapa inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) termasuk Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP).

“Tahun ini, bantuan telah disalurkan kepada 632 pelajar di Sarawak melibatkan 224 pelajar sekolah rendah dan 408 pelajar sekolah menengah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM85,400.

“Bantuan tersebut merangkumi peralatan persekolahan dan wang tunai untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

“Bantuan ini bukan sahaja menyediakan keperluan asas pelajar tetapi menjadi dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi akademik,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Enteri Anak Lengkoi Samu Ulu Paku Spaoh, Betong hari ini.

Menurutnya, sokongan menyeluruh tersebut bertujuan memberi kesan positif kepada ibu bapa dan penjaga dan memastikan setiap anak mendapat pendidikan yang sewajarnya tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Katanya, dengan usaha berterusan seperti itu, KKDW membuktikan pembangunan luar bandar bukan sahaja melibatkan pembangunan infrastruktur tetapi pelaburan dalam modal insan yang bakal membawa perubahan besar kepada masa depan komuniti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan