Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Enteri Anak Lengkoi Samu, Ulu Paku Spaoh, Betong, hari ini. Foto KKDW

Kerajaan komited bantu Sarawak bangunkan TVET

ByConnie Grace

BETONG, 2 Nov: Kerajaan terus komited dalam membangunkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sarawak sebagai persiapan menghadapi cabaran masa depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sarawak ketika ini mempunyai tujuh pusat TVET yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada latihan tradisional tetapi bidang teknologi seperti kenderaan elektrik (EV), Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI) dan penciptaan kandungan untuk e-sukan.

“Pendidikan TVET kini berkembang pesat dan tidak lagi terhad kepada kemahiran biasa kerana fokus kepada teknologi baharu seperti EV, IoT dan AI. Ia adalah langkah penting untuk memastikan Sarawak bersedia menghadapi perkembangan teknologi global,” katanya.

Menurutnya, langkah tersebut selaras dengan matlamat kerajaan untuk memastikan tenaga kerja tempatan mempunyai kemahiran relevan dan mampu bersaing di pasaran global.

“Sokongan daripada kerajaan dan kestabilan politik di Sarawak membolehkan pembangunan TVET berjalan lancar. Ini penting untuk memastikan anak muda Sarawak mempunyai akses kepada pendidikan relevan dan mempunyai masa depan lebih cerah,” ujarnya.

Ahmad Zahid menjelaskan, penekanan terhadap TVET dan pelbagai inisiatif yang sedang dirancang, Sarawak dijangka terus memainkan peranan penting dalam mendepani perubahan teknologi serta menyediakan tenaga kerja berdaya saing sekali gus memacu pembangunan negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan