Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontena bantuan dari kapal Turki yang berlabuh di Pelabuhan Beirut, pada 1 November 2024, di tengah-tengah perang berterusan antara Israel dan Hizbullah. Foto AFP

Kapal bantuan Turkiye bersama-sama 1,000 tan bantuan kemanusiaan tiba di Beirut

ByBernama

ANKARA, 2 Nov: Sebuah kapal Turkiye yang membawa 1,000 tan bantuan kemanusiaan tiba di pelabuhan Beirut pada Jumaat, memberikan sokongan penting kepada Lubnan di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan.

Menurut Agensi Anadolu, bantuan yang diatur oleh Turkiye dengan kerjasama pihak berkuasa Lubnan itu terdiri daripada  bekalan makanan, peralatan perubatan, dan barangan keperluan asas untuk membantu warga yang terjejas.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran bulan lepas di Lubnan terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah dalam peningkatan ketegangan sepanjang tahun antara Israel dan kumpulan itu sejak permulaan serangan ganas Israel ke atas Gaza.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan, hampir 2,900 orang terbunuh dan lebih daripada 13,000 cedera dalam serangan Israel sejak Oktober lepas.

Israel memperluaskan konflik dengan melancarkan pencerobohan ke selatan Lubnan pada 1 Okt. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan