Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan The Red Warriors

ByBernama

TANAH MERAH, 2 Nov: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya sebagai pasukan digeruni dalam arena bola sepak negara.

Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah berkata menerusi kepimpinan baharu sedang berusaha untuk memastikan pasukan bola sepak Kelantan mampu memberi saingan hebat terhadap pihak lawan.

“Hampir 12 tahun lepas, Kelantan menjadi antara pasukan digeruni dalam saingan Liga Malaysia  (Liga-M).

“Justeru, kita (KAFA) ketika ini menerusi  kepimpinan baharu sedang berusaha dengan apa jua cara untuk mengembalikan semula Kelantan kepada radar bola  sepak negara yang digeruni,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak KAFA Bawah 14, di sini malam tadi.

Afandi berkata antara langkah sedang dilaksanakan adalah dengan menganjurkan kejohanan bawah umur dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Jajahan serta badan korporat bagi mencari bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita sebenarnya mempunyai banyak pemain berbakat dan mereka perlu digilap sejak awal lagi termasuk di peringkat sekolah.

“Ia penting agar suatu masa nanti kita dapat melahirkan semua pemain anak tempatan yang berkualiti tinggi dan mampu beraksi hingga peringkat antarabangsa,” katanya.

Kebangkitan skuad The Red Warriors itu bermula pada 2009 selepas muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA dan mengenggam treble pertama dalam sejarah pasukan mereka pada 2012 dengan menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Pasukan itu juga pernah layak ke Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dalam tiga edisi dan pencapaian tertinggi mara ke suku akhir pada 2012. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan