Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bandar seperti Kyoto, Nagano, dan pusat bandar Tokyo mengalami lonjakan suhu yang ketara, dengan purata suhu Oktober meningkat sebanyak 3.2 darjah, 3.1 darjah dan 2.6 darjah. Foto fail AFP

Jepun catat Oktober terpanas dalam sejarah

ByBernama

TOKYO, 2 Nov: Jepun mencatatkan suhu Oktober paling panas dalam sejarah sejak rekod suhu bermula pada 1898, lapor Xinhua.

Purata suhu bulanan di seluruh Jepun melebihi suhu biasa pada Oktober sebanyak 2.21 darjah Celsius, menurut data yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat.

Suhu di utara Jepun meningkat sebanyak 1.9 darjah, manakala bahagian timur dan barat mencatat peningkatan suhu sebanyak 2.6 darjah.

Bandar seperti Kyoto, Nagano, dan pusat bandar Tokyo mengalami lonjakan suhu yang ketara, dengan purata suhu Oktober meningkat sebanyak 3.2 darjah, 3.1 darjah dan 2.6 darjah.

JMA menjangkakan suhu November akan kekal di atas purata.

Pola suhu tinggi ini berterusan di Jepun sejak Julai, menimbulkan kebimbangan terhadap kekerapan cuaca panas yang tidak mengikut musim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan