Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto Connie Grace (TVS)

Infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sarawak perlu diberi perhatian segera

ByConnie Grace

BETONG, 2 Nov: Terdapat keperluan mendesak untuk menaik taraf infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sarawak termasuk di Bukit Saban.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, adalah penting untuk membaik pulih infrastruktur seperti jalan raya dan meningkatkan kestabilan bekalan elektrik yang sering mengalami gangguan.

“Kita sedar fasiliti asas yang terhada dan bekalan elektrik kerap blackout menjadi penghalang kepada penduduk di kawasan ini.

“Oleh itu, usaha untuk menaik taraf jalan raya dan bekalan elektrik perlu dipercepatkan dengan perancangan rapi serta sokongan kementerian,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Enteri Lengkoi, Samu Ulu Paku di sini, hari ini.

Menurut Uggah, dengan inisiatif Malaysia Madani dan perancangan ekonomi yang disokong kementerian berkaitan, Sarawak boleh menikmati pembangunan lebih pesat serta menyeluruh.

“Rakyat di kawasan luar bandar berhak menikmati kemudahan dan prasarana setaraf dengan kawasan bandar,” ujarnya.

Walaupun Sarawak kini diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, Uggah menjelaskan, usaha untuk meningkatkan kualiti hidup golongan B40 dan memastikan pembangunan mampan adalah perkara yang perlu diteruskan.

“Perpaduan adalah kekuatan kita di Sarawak dan dengan semangat ‘agi idup agi ngelaban’, kita akan terus berjuang untuk memajukan negeri ini,” jelasnya.

Uggah berkata, usaha tersebut dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh perpaduan dan memastikan kemakmuran yang seimbang melibatkan setiap lapisan masyarakat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan