MOSCOW, 2 Nov: Eksport gas saluran paip Rusia ke Eropah meningkat lebih 15 peratus kepada 26.52 bilion meter padu dalam 10 bulan pertama tahun ini, lapor Xinhua.
Bagi keseluruhan 2023, jumlah itu dianggarkan sekitar 28.15 bilion meter padu, menurut agensi berita TASS Rusia pada Sabtu.
Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, eksport gas saluran paip Rusia ke Eropah Barat dan Tengah melalui Ukraine berjumlah 12.85 bilion meter padu, meningkat tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, mengumumkan bahawa Ukraine tidak akan memperbaharui perjanjian transit dengan gergasi gas Rusia, Gazprom, yang dijadual tamat pada penghujung tahun ini.
Pakar berkata, walaupun pembaharuan perjanjian transit dilihat tidak mungkin berlaku disebabkan ketegangan antara Rusia dan Ukraine, negara-negara EU masih boleh mendapatkan gas Rusia melalui lelongan, tempahan kapasiti, dan pengubahsuaian titik penghantaran gas. – TVS