Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto UKAS

Betong fokus tiga sektor utama di bawah PROSPEK

ByConnie Grace

BETONG, 2 Nov: Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Betong yang diluluskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memberi tumpuan kepada tiga sektor utama merangkumi ternakan ayam kampung, tanaman halia dan kraf tangan pembuatan baju kebaya atau baju dabong.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung di kawasan berkenaan.

“Ternakan ayam kampung dijangka membantu lebih 900 keluarga dan menjadi produk utama yang akan diusahakan,” katanya.

Selain itu, sektor tanaman halia turut diberi perhatian khusus memandangkan permintaan tinggi dari pasaran luar negara.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut menambah sektor kraf tangan seperti Kain Dabong akan diperluas dengan sokongan 200 pelajar tukang jahit dan empat pakar sedia ada di Betong.

Beliau turut menyatakan keyakinan usaha tersebut berpotensi besar dalam meningkatkan pendapatan masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan