Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah bersama-sama Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni semasa penutupan penyerahan Lesen Memandu di bawah Program MyLesen (Kelas B2) berlangsung di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri, hari ini. Foto Muhamad Ahnaf (TVS)

Bantu penunggang motosikal dapatkan lesen

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 2 Nov: Program Bantuan Lesen Memandu B2 dilihat mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terutama penunggang motosikal mengenai keselamatan jalan raya di Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan lesen kelas B2.

Menurutnya, program tersebut merupakan sebahagian inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam menyediakan latihan komprehensif, memastikan penunggang motosikal memiliki pengetahuan dan kemahiran jalan raya yang mencukupi.

“Setakat ini, lebih 17,000 penunggang motosikal di Sarawak mendapat lesen sejak program dimulakan pada 2023.

“Program ini bukan sahaja menawarkan lesen pada kos rendah tetapi memastikan kualiti latihan setanding program lesen motosikal lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Hasbi dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni menyempurnakan penyerahan lesen memandu di bawah Program MyLesen (Kelas B2).

Menurut Hasbi, inisiatif tersebut bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dengan menyediakan latihan yang tepat.

“Dengan adanya penunggang yang berlesen dan terlatih, kami berharap kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kos penjagaan kesihatan dalam merawat mangsa kemalangan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, program tersebut akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan di Sarawak pada tahun ini dan tahun hadapan.

“Kita menyasarkan untuk menjangkau masyarakat luar bandar termasuk yang tinggal jauh daripada pusat latihan,” jelasnya.

Bermula 6 Julai hingga 8 September 2024, program tersebut melibatkan 698 peserta dan mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dan institusi memandu di Niah dan Sibuti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan