Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat banjir kilat di wilayah selatan dan timur Sepanyol meningkat sedikit kepada 207 orang. Foto AFP

Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang

ByBernama

MADRID, 2 Nov: Angka kematian akibat banjir kilat di wilayah selatan dan timur Sepanyol meningkat sedikit kepada 207 orang, kata seorang menteri pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menteri Dalam Negeri Fernando Grande-Marlaska yang bercakap kepada stesen penyiar Cadena SER, mengemas kini jumlah kematian dalam bencana banjir terburuk di Sepanyol sejak beberapa dekad. Sebelum ini 205 kematian disahkan.

Grande-Marlaska berkata beliau menjangkakan angka berkenaan akan meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.

Sekurang-kurangnya 204 kematian dicatatkan di Wilayah Valencia sahaja. Tiga lagi kematian dilaporkan di wilayah Castilla-La Mancha dan Andalusia.

Terdapat kebimbangan, lebih ramai mangsa mungkin ditemukan mati di dalam kenderaan yang dihanyutkan oleh hujan lebat yang membanjiri bandar dan menyebabkan sungai melimpah awal minggu ini.

Lebih 1,700 anggota tentera membantu melakukan kerja mencari dan menyelamat di Wilayah Valencia manakala ribuan sukarelawan turut tampil membantu pasukan kecemasan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan