JAKARTA, 2 Nov: Direktorat Jenayah Am (Dirkrimum) Polis Wilayah Jakarta berjaya membongkar kes perjudian dalam talian membabitkan pekerja Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia (Komdigi).
Difahamkan, seramai 14 suspek ditahan dan 11 daripadanya merupakan pegawai aktif Komdigi.
Menurut Jurucakap Polis Jakarta, Ade Ary, pekerja Komdigi yang ditahan mempunyai kuasa untuk menyekat laman perjudian dalam talian tetapi mereka menyalahgunakan kuasa.
“Mereka diberi kuasa penuh untuk menyekat tetapi menyalahgunakannya dengan tidak menyekat laman web yang biasa mereka lakukan dan sebaliknya mengarahkan pengendali web supaya tidak disekat,” katanya.
Ary mendedahkan, berdasarkan siasatan awal, suspek memintas sekatan ke atas lebih 1,000 laman perjudian dalam talian daripada 5,000 tapak yang sepatutnya disekat.
Suspek juga mengaku menerima ganjaran sekitar Rp. 8.5 juta daripada setiap laman web perjudian dalam talian yang dikendalikannya.
Daripada itu, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Komdigi untuk meningkatkan integriti kakitangannya dalam memerangi jenayah perjudian dalam talian.
Polis juga akan melakukan siasatan mendalam bagi mengesan kemungkinan suspek lain dan merampas aset yang diperoleh daripada hasil jenayah itu. -TVS