Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Indonesia menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Markas Bareskrim Polis Indonesia, Jakarta hari ini. Foto David Andreas (TVS)

Pihak berkuasa Indonesia merampas lebih 3.2 tan dadah

ByTVS

JAKARTA, 1 Nov: Pihak berkuasa Indonesia merampas pelbagai jenis dadah seberat 3.2 tan yang diperoleh hasil serbuan operasi bersama dalam tempoh dua bulan, pada September hingga Oktober 2024.

Perkara itu didedahkan Direktorat Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim) selepas menjalankan operasi bersama agensi terbabit iaitu Kastam Indonesia, Badan Narkotik Indonesia (BNN) dan pejabat peguam negara dalam sidang media di pejabatnya di sini.

Menurut Pengarah Bareskrim Wahyu Widada, kesemua dadah yang dirampas itu adalah hasil operasi membongkar 80 kes termasuk kes membabitkan rangkaian sindiket antarabangsa.

“Kami telah beroperasi selama dua bulan ini bagi membongkar kes dadah secara menyeluruh, daripada kes pengeluaran, penyeludupan sehingga pengedaran barangan haram di 19 wilayah di Indonesia yang sememangnya zon merah,” katanya.

Barangan yang dirampas ialah 1.7 tan syabu, 1.12 tan ganja, 2.5 kilogram kokain, 484,731 pil ekstasi, sembilan kilogram tembakau sintetik dan 26.5 kilogram serbuk ganja.

Beliau berkata kesemua dadah itu dirampas daripada 136 suspek yang turut ditahan sepanjang operasi itu.

Widada menegaskan pihaknya akan menjalankan operasi bersama ini secara berterusan mengikut arahan Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk membanteras masalah dadah hingga ke semua peringkat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan