KUCHING, 1 Nov: Kerajaan Sarawak mengesahkan perbincangan antara PETRONAS dan PETROS mengenai pelaksanaan pengaturan Pengagregat Gas Tunggal di bawah Ordinan Pengedaran Gas 2016 sedang berlangsung.
Melalui kenyataan akhbar Menteri Utiliti dan Telekomunkasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi yang dikeluarkan sebentar tadi, Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa di bawah Ordinan tersebut, PETROS telah dilantik sebagai Pengagregat Gas Tunggal.
Tiada Pengagregat Gas lain di Sarawak.
Kerajaan Sarawak juga menekankan bahawa perbincangan yang sedang berlangsung antara PETRONAS dan PETROS perlu diselesaikan secepat mungkin.-TVS