Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penduduk di Bahagian Samarahan bakal menikmati bekalan elektrik yang lebih baik. Foto Alex Teo (TVS)

Pengguna di Bahagian Samarahan bakal disambungkan dengan bekalan elektrik tiga fasa

BySheera Abg Mansor

SADONG JAYA, 1 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM150 juta bagi menaik taraf bekalan elektrik di Bahagian Samarahan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengguna di bahagian itu bakal disambungkan dengan bekalan elektrik tiga fasa berbanding kini fasa tunggal menerusi peruntukan tersebut.

Hal ini katanya, sejajar dengan peningkatan taraf hidup dan ekonomi penduduk yang beralih kepada penggunaan perkakas elektrik moden.

“Rakyat kita sekarang sudah bertambah baik hidupnya, dulu orang kita hanya menggunakan seterika sahaja maka rumah kita semuanya menggunakan elekrik fasa tunggal, tapi kini hidup orang kita dah bertambah iaitu mereka menambah penggunaan penghawa dingin, mesin basuh dan sebagainya.

“Mudah-mudahan tidak berlaku lagi gangguan bekalan elektrik dan ini akan menyambung semua kawasan dari Asajaya, Sadong Jaya hingga ke Sebuyau.

“Maknanya rumah kita akan menggunakan fasa tiga kerana rezeki sudah bertambah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Darul Iman Daerah Kecil Sadong Jaya, di sini, hari ini.

Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama agensi pelaksana Sarawak Energy Berhad (SEB) dan anak syarikatnya SESCO bersetuju untuk menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik bagi kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan, Gedong dan Sebuyau dengan kos hampir RM174 juta.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik di semua kawasan terbabit yang kini mempunyai peningkatan permintaan bekalan elektrik selaras dengan perubahan gaya hidup yang lebih baik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan