Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Belia di Sarawak berpeluang menerokai pelbagai program pembangunan peribadi dan profesional menerusi inisiatif AZAM Young Souls (AYS) semasa Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCAT Fair) 2024 yang berlangsung pada 2 dan 3 November di Stadium Tertutup Sibu.

Peluang belia Sarawak terokai program pembangunan peribadi, profesional

ByFebbright James

KUCHING, 1 Nov 2024: Belia di Sarawak berpeluang menerokai pelbagai program pembangunan peribadi dan profesional menerusi inisiatif AZAM Young Souls (AYS) semasa Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCAT Fair) 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu dari 2 hingga 3 November.

Pengurus Komunikasi Strategik AZAM Sarawak, Hassnal Hakim dalam satu kenyataan hari ini berkata, program tersebut bertujuan memperkasa belia dengan kemahiran penting yang relevan bagi menghadapi cabaran dalam dunia kerjaya yang semakin kompetitif.

“Kami memberi fokus kepada pengukuhan jenama AZAM Young Souls (AYS) untuk menarik belia yang komited.

“Tahun depan, AZAM akan melancarkan Rakan AZAM iaitu sebuah rangkaian anak muda di seluruh Sarawak yang bertujuan memperkukuh semangat komuniti dan menggalakkan penyertaan aktif dalam membina masa depan negeri ini.

“Kami berhasrat untuk melibatkan belia Sarawak dalam ekosistem pembangunan, mempersiapkan mereka untuk dunia kerjaya moden yang semakin menuntut kemahiran digital dan komunikasi kuat,” katanya.

Tambahnya, penyertaan AZAM dalam SCAT Fair menunjukkan komitmennya dalam memperkenalkan jenama Mansang dan menyokong dasar pembangunan negeri.

Ini merupakan usaha berterusan AZAM untuk melengkapkan belia Sarawak dengan kemahiran penting dan pengetahuan  relevan selaras dengan misinya mempersiapkan generasi akan datang menghadapi landskap kerjaya dinamik dan mencabar.

Pada SCAT Fair tersebut, reruai AZAM Sarawak menawarkan pelbagai aktiviti interaktif termasuk kuiz Kahoot! serta Teka dan Menang yang menguji pengetahuan tentang visi dan peranan AZAM untuk memenangi hadiah eksklusif.

SCAT Fair 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) serta disokong oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) turut menawarkan pelbagai peluang latihan dan kerjaya untuk belia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan