Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Tan Sri Sulaiman Daud, Kuching dijumpai hari ini. Foto JBPM

Mayat lelaki jatuh Jambatan Tan Sri Sulaiman Daud ditemui

ByFebbright James

KUCHING, 1 Nov: Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Tan Sri Sulaiman Daud di sini semalam, dijumpai kira-kira pukul 3.50 petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat mangsa dijumpai terapung 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa dijumpai oleh orang awam dari jambatan dan pasukan SAR terus bertindak mengambil mayat mangsa menggunakan bot penyelamat.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.52 pagi Khamis.

Operasi SAR berjalan selama dua hari sebelum ditamatkan pada pukul 4.50 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan