Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang lelaki dengan 35 rekod jenayah dan dadah di parkir sebuah pasar raya di Bahau, Jempol dekat sini selepas dipercayai terlibat dalam tiga kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah itu, dua hari lepas. Foto Envato

Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi

ByBernama

SEREMBAN, 1 Nov: Polis menahan seorang lelaki dengan 35 rekod jenayah dan dadah di parkir sebuah pasar raya di Bahau, Jempol dekat sini selepas dipercayai terlibat dalam tiga kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah itu, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita berusia 56 tahun selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu memanjat tembok pagar dan masuk ke rumah mangsa dengan cara membuka skru pada bahagian tingkap dapur kira-kira 5.30 pagi. Beberapa barang peribadi mangsa turut hilang dan kerugian dianggarkan berjumlah RM2,500.

“Dia mengaku melakukan pecah rumah dan curi seorang diri. Modus operandi adalah memasuki mana-mana rumah yang tidak berpenghuni atau ditinggalkan sementara waktu dengan masa untuk melakukan kegiatan tersebut sekitar 3 hingga 6 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata saringan awal mendapati lelaki itu positif dadah jenis metamfetamina dan mempunyai pelbagai rekod lampau termasuk orang dikehendaki bagi kes di bawah Seksyen 15 (4) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Hoo berkata suspek direman tujuh hari hingga 6 Nov ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan