Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin. Foto Department of Statistics, Malaysia (FB)

Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak meningkat sebanyak 21.1 peratus pada tahun 2023

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Nov: Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Dalam kenyataan sempena penerbitan Statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2024 hari ini beliau berkata kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada 2023.

Bagi kanak-kanak terlibat dengan jenayah, bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia meningkat 26.5 peratus pada 2023 kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes pada 2022.

“Daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2023 meningkat 26.1 peratus kepada 8,536 kanak-kanak berbanding 6,770 kanak-kanak pada 2022,” katanya.

Mohd Uzir berkata berdasarkan statistik anggaran penduduk 2024, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah berjumlah 9.14 juta iaitu 26.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 34.06 juta.

“Bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun masing-masing ialah 4.72 juta dan 4.42 juta. Kanak-kanak merupakan aset negara bagi penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata dari segi aspek tahap kesihatan kanak-kanak didapati Certain conditions originating in the perinatal period kekal menjadi sebab kematian utama yang disahkan secara perubatan bagi kanak-kanak kurang daripada lima tahun pada 2023.

Dari segi aspek pengambilan pelalian, liputan bagi semua jenis pelalian kepada bayi semakin baik pada 2023.

Hepatitis B mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 10.6 peratus kepada 107.7 peratus berbanding 97.1 peratus pada 2022, katanya.

Penerbitan Statistik Kanak-kanak Malaysia, 2024 boleh dimuat turun secara percuma menerusi portal Jabatan Perangkaan Malaysia (www.dosm.gov.my). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan