Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 346,482 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun diklasifikasikan sebagai ponteng pada 2023, mencatatkan peningkatan tahunan selama sebelas tahun berturut-turut dan merupakan angka tertinggi yang pernah direkodkan. Foto hiasan Envato

Kes ponteng dan buli di sekolah di Jepun catat rekod tertinggi

ByBernama

TOKYO, 1 Nov: Seramai 346,482 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun diklasifikasikan sebagai ponteng pada 2023, mencatatkan peningkatan tahunan selama sebelas tahun berturut-turut dan merupakan angka tertinggi yang pernah direkodkan, lapor Xinhua.

Menurut tinjauan terkini oleh kementerian pendidikan, jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih 47,000 pelajar, atau lebih 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara terperinci, seramai 130,370 pelajar sekolah rendah tidak hadir selama 30 hari atau lebih, iaitu lima kali ganda berbanding jumlah sedekad yang lalu, manakala 216,112 pelajar sekolah menengah didapati ponteng, mencatatkan peningkatan sebanyak 2.2 kali ganda bagi tempoh yang sama.

Laporan itu menyatakan kurangnya motivasi untuk menghadiri sesi persekolahan sebagai punca gejala ponteng, diikuti oleh kebimbangan atau kemurungan serta rutin harian yang terganggu.

Selain itu, kes buli yang dilaporkan mencapai rekod tertinggi iaitu 732,568 insiden di semua jenis sekolah, dengan sekolah rendah menyumbang sebahagian besar daripada kes.

Susulan itu, kementerian menekankan keperluan untuk sokongan pendidikan khas dan penambahbaikan dalam pengesanan serta pengendalian kes buli di sekolah, termasuk perhatian khusus terhadap tindak balas organisasi bagi mengelakkan akibat yang lebih buruk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan