Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Nor Aizan Mohd Jamil bersama-sama isteri Asmawati Alias menyantuni anggota yang sakit. Foto IPD Marudi

Kebajikan anggota IPD Marudi sentiasa diberi perhatian

MARUDI, 1 Nov: Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Nor Aizan Mohd Jamil dan isteri Asmawati Alias yang juga Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi menyantuni anggota yang sakit.

Beliau menyampaikan sumbangan buah tangan berbentuk makanan kepada Lans Koperal Charles Borromeo Sena yang bertugas di Balai Polis Bario, IPD Marudi bertempat di kediaman anggota tersebut di Taman Wang, Taman Tunku Miri kelmarin.

Anggota berkenaan mengalami kecederaan kaki dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Umum Miri.

Nor Aizan berkata, lawatan itu mencerminkan keprihatinan tentang kebajikan warga kerja IPD Marudi dan keluarga ahli PERKEP Marudi.

“Kita turut memberi sokongan moral serta kata-kata semangat agar pegawai dan ahli keluarga anggota yang sakit cepat sembuh untuk kembali sihat dan cergas melakukan kerja aktiviti harian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan