Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kapal milik Maritim Malaysia terbakar di Piasau Slipways Sdn.Bhd Kuala Baram di sini, malam tadi. Foto JBPM

Kapal milik Maritim Malaysia terbakar

MIRI, 1 Nov: Sebuah kapal milik Maritim Malaysia terbakar di Piasau Slipways Sdn.Bhd Kuala Baram di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 11.35 malam dengan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan Kapal KM STAPA milik Maritim Malaysia.

“Api pada ketika itu sedang marak membakar di bahagian bumbung kedua, kebakaran tersebut telah memusnahkan lebih kurang 40 peratus kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba membuat pemadaman berpandukan konsep RECEO dengan membentang dua aliran 400 kaki empat pancutan pam angkut sumber air terbuka bagi memadam secara defensive dan ofensive sehingga api padam sepenuhnya.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan api padam sepenuhnya pihak bomba bertolak balik ke balai.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan