Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norizan Yahya menunjuk barang rampasan pada sidang media di Kuching, hari ini. Foto TVS

JKDM rampas minuman keras, rokok bernilai RM3 juta

KUCHING, 1 Nov: Cubaan seorang individu mengangkut minuman keras dan rokok yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta gagal selepas dia ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata, suspek yang memandu sebuah lori ditahan oleh sepasukan penguat kuasa JKDM di Jalan Kuching-Samarahan Expressway sekitar jam 2 petang, 22 Oktober lalu.

“Pasukan penguat kuasa menyita lori 10 tan dengan muatan 3.4 juta batang rokok pelbagai jenama disyaki dari negara jiran dan minuman keras sejumlah 2,376 liter disyaki tidak berkastam dengan anggaran duti dan cukai bernilai RM3.15 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan individu yang turut terlibat dengan kes terbabit.

Kes tersebut, kini disiasat Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dan denda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan