Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bersama para penerima anugerah pada Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2024 di Kuala Lumpur, malam ini. Foto Bernama

Fadillah seru sokongan kukuh usahawan muda tingkat pertumbuhan ekonomi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan kepentingan membina ekosistem yang berkembang maju untuk menggalakkan kejayaan individu terutamanya usahawan muda sambil mengukuhkan ekonomi yang berdaya tahan dan makmur bagi semua rakyat Malaysia.

Beliau turut mengulangi bahawa kerajaan terus komited untuk mewujudkan persekitaran bagi membolehkan golongan muda yang berwawasan dapat berkembang maju, berinovasi dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Fadillah berkata pelbagai inisiatif termasuk daripada komuniti keusahawanan memainkan peranan penting dalam memotivasikan lebih ramai anak muda Malaysia untuk melangkah ke hadapan, mengambil risiko dan meneruskan aspirasi keusahawanan mereka.

“Kami memahami bahawa keusahawanan ialah pendorong penting untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial.

“Ia bukan sekadar mengenai kejayaan individu, tetapi juga tentang mewujudkan ekonomi kukuh, mampan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam ucaptama pada Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs of 2024 (100 MIYE) di sini hari ini.

Acara 100 MIYE dianjurkan oleh Entrepreneur Insight (EI) bagi mengiktiraf usahawan muda negara yang berani, kreatif dan inovatif yang menetapkan piawaian semangat keusahawanan Malaysia.

Fadillah berkata kerajaan, pemain industri dan usahawan muda perlu terus bekerjasama bagi merealisasikan aspirasi untuk membina negara yang berkembang melalui inovasi dan keusahawanan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan