Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Krisis kelaparan dijangka semakin buruk di 16 titik panas di seluruh dunia, termasuk Sudan, di mana konflik telah menyebabkan jutaan penduduk berisiko kebuluran. Foto AFP

16 titik panas global berdepan krisis kelaparan yang serius

ByBernama

ISTANBUL, 1 Nov: Krisis kelaparan dijangka semakin buruk di 16 titik panas di seluruh dunia, termasuk Sudan, di mana konflik telah menyebabkan jutaan penduduk berisiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan yang dikeluarkan pada Khamis.

Laporan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta Program Makanan Sedunia (WFP) itu menyatakan bahawa tiada keterjaminan makanan yang akut mengancam 22 negara.

Ia menyenaraikan Nigeria, Sudan, Yaman, Ethiopia, Myanmar, Syria dan Sudan Selatan sebagai kawasan yang menjadi perhatian utama ketika menekankan rantau yang menghadapi kekurangan makanan yang ekstrem.

“Di Sudan sahaja, 25 juta orang berdepan kelaparan yang serius. Secara global, ratusan juta orang berisiko. Kita memerlukan sokongan global untuk menangani keperluan segera dan punca kelaparan,” tulis Pengarah Eksekutif WFP Cindy McCain di X yang merujuk laporan berkenaan.

Laporan itu turut menumpukan perhatian kepada Palestin yang menghadapi tiada keterjaminan makanan yang belum pernah berlaku, terutamanya di Semenanjung Gaza, di mana peningkatan permusuhan hampir menjadikan jumlah orang yang mengalami tahap tiada keterjaminan makanan tiga kali ganda atau mendatangkan bencana.

“Berikutan peningkatan mendadak dalam persengketaan, terdapat kebimbangan bahawa senario terburuk ini mungkin menjadi kenyataan,” menurut laporan itu.

Laporan itu turut menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan yang semakin meruncing di Lubnan, Mozambique, Haiti, Somalia dan Mali di mana harga makanan yang tinggi, kesan iklim dan akses yang terhad menyukarkan lagi tindak balas terhadap krisis.

Konflik, kejadian iklim, dan kemerosotan ekonomi mengakibatkan kelaparan teruk dan perpindahan, dengan ratusan ribu manusia berisiko menghadapi kebuluran di kawasan tertentu.

Laporan itu menekankan risiko tambahan El Nino yang berkemungkinan berlaku, dijangka berterusan dari Januari hingga Mac 2025.

El Nino adalah fenomena iklim semula jadi yang menghangatkan suhu permukaan laut di tengah dan timur Lautan Pasifik. Corak cuaca ini menimbulkan kebimbangan mengenai iklim ekstrem di negara-negara yang terdedah.

Laporan itu menggesa tindakan kemanusiaan segera untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian serta mengelakkan kebuluran dan kematian. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan