Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua rumah terbakar di Lorong Bangau, Kampung Semerah Padi di sini, malam tadi, mengakibatkan 15 penghuni hilang tempat tinggal. Foto JBPM

15 penghuni tinggal sehelai sepinggang, dua rumah terbakar

KUCHING, 1 Nov: Dua rumah terbakar di Lorong Bangau, Kampung Semerah Padi di sini malam tadi menyebabkan 15 penghuni hilang tempat tinggal.

Komander Operasi, Rahman Abang Deni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.12 tengah malam dengan menggerakkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat dan sebuah rumah setingkat yang terbakar keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mangsa berjaya keluar dari rumah tersebut dengan selamat.

“Rumah dua tingkat dihuni 13 penghuni manakala rumah setingkat dihuni dua penghuni.

“Pihak bomba Petra Jaya bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel sumber air dari pili bomba berdekatan,” ujarnya.

Katanya, pihak bomba Padungan mengguna satu aliran bantu mula dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya.

Punca kejadian dan taksiran kerugian yang dialami masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan