Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 11 motosikal musnah dalam kebakaran di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas di sini hari ini. Foto JBPM

11 motosikal hangus dijilat api

GEORGE TOWN, 1 Nov: Sebanyak 11 motosikal dilaporkan musnah akibat dijilat api dalam kebakaran di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Nor Mazuan Hafiz Mat Aris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.51 pagi sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer.

Menurutnya, bomba yang tiba kemudiannya mendapati terdapat kebakaran sebuah garaj berkeluasan 100 kaki persegi menempatkan motosikal penduduk.

“Garaj itu musnah 90 peratus selain 11 motosikal turut terbakar 90 peratus.

“Api turut menyambar sebuah lori yang berada berdekatan dan didapati terbakar sebanyank 10 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan pihak bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan