Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyantuni veteran ATM yang berada di sekitar Miri. Foto ATM

Veteran ATM perlu kemas kini maklumat dengan JHEV

MIRI, 31 Okt: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi memastikan semua skim bantuan yang disediakan dapat disalurkan kapada mereka.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, skim bantuan yang disediakan JHEV ATM ialah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam.

Menurutnya, pada tahun ini kerajaan meningkatkan peruntukan Bayaran Sara Hidup sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM54 juta kepada RM174 juta.

“Sehingga 30 September 2024, seramai 30,607 veteran ATM telah menerima faedah ini. Inisiatif Program Peduli Veteran Madani (PVM) bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM melibatkan lima fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.

“PVM akan terus menjadi platform kementerian untuk menyampaikan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada veteran ATM yang memerlukan sebagai galakan untuk memperkasakan sosioekonomi mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyantuni veteran ATM yang berada di sekitar Miri bermula semalam hingga hari ini.

Sepanjang program itu Adly menyantuni 21 veteran ATM yang uzur dan menghidap penyakiut kronik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan