Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Mazlan Ali

Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen perlukan perbincangan menyeluruh

KUCHING: Tuntutan sebanyak 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak perlu dbincangkan secara menyeluruh.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, ini kerana dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pemberian sejumlah kerusi tidak dinyatakan secara jelas sebagai perjanjian yang termeterai semasa pembentukan Malaysia dahulu.

“Saya fikir pakar sejarah dan perlembagaan perlu duduk bersama serta membuat penelitian mendalam mengenai perkara ini.

“Terdapat pakar yang mendakwa bahawa tuntutan ini tiada dalam Perjanjian Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pemahaman mengenai tuntutan tersebut agak berbeza dari sudut perlembagaan disebabkan penjelasan pakar menyatakan ia tiada dalam Perlembagaan Malaysia.

“Kalau kita lihat dalam Perlembagaan sejak merdeka, jumlah kerusi yang diberikan kepada negeri-negeri Borneo sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

“Sarawak adalah negeri yang luas dan disebabkan itu, ia memerlukan lebih banyak kawasan Parlimen supaya wakil rakyat dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata, tuntutan tersebut perlu dilihat kembali sama ada selaras dengan perlembagaan atau MA63.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan