Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita usai Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di sini, hari ini. Foto TVS

Semoga keadilan memihak kepada Najib – Ahmad Zahid

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar keadilan memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Perdana Menteri itu turut menuntut keputusan Mahkamah Tinggi agar memberi peluang kepada Najib untuk membela diri dan membuktikan beliau tidak bersalah.

“Saya telah mengeluarkan satu kenyataan dan beliau diberikan peluang untuk membersihkan dirinya selepas terdapat prima facie.

“Kita juga harap agar keadilan memihak kepada beliau,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita usai Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di sini, hari ini.

Pada Rabu, Najib diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas 21 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Dalam satu hantaran di media sosial semalam, Ahmad Zahid menyatakan bahawa sokongannya kepada Najib tidak mempunyai sebarang niat untuk mempertikaikan keputusan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan