LUNDU, 31 Okt: Sebuah rumah terbakar di Kampung Serayan di sini, hari ini.
Komander Operasi, Francis Kotter Nyuin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.56 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah setingkat struktur kekal milik seorang wanita berusia 46 tahun telah terbakar 70 peratus.
“Kebakaran tiada melibatkan mangsa dan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan sumber air dari tangki jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran.
“Setelah memastikan api telah padam sepenuhnya dan keadaan di lokasi selamat pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.- TVS