Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa berucap pada Majlis Makan Malam Festival What About Kuching (WAK) Edisi ke-6 di Dewan Mahligai di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Sasaran lima juta pelancong mampu dicapai

KUCHING, 31 Okt: Jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak setakat Oktober mencecah empat juta orang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, melihat kepada peningkatan tahun ini, beliau menjangkakan kemasukan pelancong secara keseluruhan tahun 2024 mencapai lima juta orang.

Menurutnya, unjuran tersebut adalah berdasarkan trend peningkatan yang cukup menggalakkan dalam kedatangan pelancong ke Sarawak dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

“Kita boleh lihat tahun ini kita mendapat bilangan pelawat yang paling ramai sebenarnya.

“Kerana menjelang Oktober bulan ini, kita sepatutnya mencapai empat juta dan menjelang 31 Disember, mungkin kita capai lima juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Festival What About Kuching (WAK) Edisi ke-6 di Dewan Mahligai di Kuching pada Khamis.

Karim menjelaskan, seramai 3.18 juta pelancong yang datang ke Sarawak dalam tempoh Januari hingga Oktober 2023.

“Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 131.34 peratus berbanding tempoh sama 2022,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan