Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama-sama peserta Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2/2024. Foto UKAS

Sampaikan maklumat kerajaan secara tepat, sahih

KUCHING, 31 Okt: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memainkan peranan penting dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat secara tepat dan sahih.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, pelbagai platform digunakan UKAS untuk menyampaikan informasi terus kepada rakyat mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak.

“Dalam sesi taklimat UKAS, yakinlah tidak ada kempen politik. Kita cuba agar tidak melibatkan lemak politik dalam sesi penjelasan kerana maklumat yang disampaikan adalah dengan penuh integriti.

“Kita menyampaikan maklumat sahih, tepat dan benar. Yang penting adalah masyarakat memahami apa yang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa Siri 2/2024 di sini, hari ini.

Abdullah menjelaskan, UKAS turut berusaha merapatkan jurang informasi antara Kerajaan Sarawak dengan masyarakat menerusi berita dan program jelajah.

Sementara itu, Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa melibatkan tiga sesi perkongsian iaitu melibatkan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan UKAS.

Seramai 130 peserta mengikuti program tersebut merangkumi penjawat awam, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai perhubungan awam institut pengajian tinggi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan