Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini melakukan kunjungan ke Rumah Terbuka Deepavali Dato Shankar R.P Asnani di King's Curry Jalan Rumbia, Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Rundingan pengagihan gas dengan PETRONAS selesai

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 31 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan rundingan dengan PETRONAS mengenai pengagihan gas telah selesai.

Beliau berkata, PETRONAS diberi tempoh tiga bulan untuk berbincang dengan PETROS mengenai pengagihan gas.

Walaupun secara prinsip PETRONAS bersetuju untuk menjadikan PETROS sebagai pengagih tunggal, tiada dokumen rasmi yang dikeluarkan setakat ini.

“Perkara ini telah dipastikan dan secara rasmi boleh diumumkan. Ini bermakna kita akan meneruskan usaha sebagai aggregator dan formula serta butiran lanjut akan dibincangkan lebih lanjut.

“Secara prinsip, mereka telah bersetuju bahawa satu-satunya aggregator adalah PETROS,” katanya semasa menghadiri kunjungan Rumah Terbuka Deepavali di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, semua butiran dan perkembangan dimaklumkan kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Dri Julaihi Narawi dengan jaminan bahawa dokumen rasmi akan menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan