Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Kelulusan Insentif Tadbir Urus JKKK N.41 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei pada Khamis sambil diperhatikan yang lain. Foto TVS

Proaktif semarak aktiviti kemasyarakatan, bantu pembangunan komuniti

SARIKEI, 31 Okt: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu proaktif untuk memastikan pembangunan kampung berjalan lancar dan keperluan penduduk dipenuhi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah penting yang boleh dilaksanakan termasuklah perbincangan dan mesyuarat bersama penduduk kampung untuk mendengar dan mengenal pasti masalah serta keperluan mereka.

Selain itu katanya, mereka juga perlu memastikan setiap projek pembangunan kampung dirancang dengan teliti, berdasarkan keperluan sebenar penduduk seperti pembaikan infrastruktur, bekalan air bersih, dan pendidikan.

“Ini juga sejajar dengan hasrat memastikan penduduk kampung terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, program kebajikan dan projek perniagaan mikro, yang dapat memperkukuhkan ekonomi kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Insentif Tadbir Urus JKKK N.41 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengesa JKKK bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan teknikal dan kewangan bagi projek pembangunan kampung.

Melalui langkah proaktif itu katanya, JKKK boleh menjadi lebih efektif dan berperanan dalam memajukan kampung sekali gus membantu kerajaan menjaga kesejahteraan rakyat.

“Dalam pada itu, kita tidak boleh menafikan peranan penting JKKK sebagai agen penting memacu kemajuan sosial, ekonomi, dan keselamatan komuniti,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 61 JKKK bagi Daerah Sarikei menerima Insentif Tadbir Urus JKKK bagi Tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, 25 daripadanya kawasan DUN N.41 Kuala Rajang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan