Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo bersama tetamu lain pada majlis makan malam ulang tahun ketujuh PETROS di Kuching, malam tadi. Foto Pejabat Premier Sarawak

PETROS peruntuk perbelanjaan modal RM40 bilion bagi lima tahun akan datang

KUCHING, 31 Okt: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri Sarawak, memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.

Beliau berkata syarikat itu mencatatkan hasil berjumlah RM4 bilion tahun lalu dan angka ini diunjurkan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“PETROS kini menyertai dalam 19 kontrak perkongsian pengeluaran secara kerjasama dengan pemain utama minyak dari beberapa negara dan ini juga dijangka turut berkembang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun ketujuh PETROS, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Hamid berkata sejak dilancarkan pada 7 Ogos, 2017, Petros telah berkembang sebagai pemain bersepadu, aktif menyertai seluruh rantaian nilai minyak dan gas, menyelaras usaha untuk memperkasa pembangunan ekonomi sosial di Sarawak.

Beliau berkata di bawah pelan hala tuju gasnya, Petros sedang membangunkan empat hab strategik di Kuching, Miri, Bintulu dan Similaju, dengan potensi pelaburan sebanyak RM100 bilion bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dan bersama-sama Petronas, menjadi pengedar tunggal gas petroleum cecair di Sarawak.

“Kami juga membelanjakan sebanyak RM4.7 juta pada 2023 untuk inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat kami dan jumlah yang hampir sama pada 2024, sebahagian besarnya untuk pendidikan dan kesihatan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan