Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa merupakan satu usaha untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak. Foto UKAS

Pastikan rakyat faham inisiatif Abang Johari bangunkan Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 31 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sangat agresif dalam usaha membangunkan wilayah ini termasuk merapatkan jurang antara penduduk bandar dengan luar bandar.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa merupakan usaha untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai dasar serta inisiatif Kerajaan Sarawak.

“Adakah masyarakat faham apa yang dilakukan Kerajaan Sarawak sekarang, ini kerana Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) begitu agresif dalam usahanya mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak selain mencari sumber kewangan.

“Yang merisaukan beliau (Premier Sarawak) adalah untuk memastikan masyarakat memahami apa yang diusahakan kerajaan dan beliau mahu maklum balas konstruktif dari masyarakat kerana di peringkat menteri atau kabinet semuanya cantik,” katanya semasa berucap pada Majlis Penangguhan Program Jelajah Penerangan Dan Penjelasanan Isu-Isu Semasa Siri 2 di Kuching, pada Khamis.

Menurutnya, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) turut berperanan dalam menyampaikan maklumat mengenai projek dan dasar Kerajaan Sarawak kepada semua rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.

“Komunikasi harus disampaikan mengikut konteks Sarawak mengenai keperluan penduduk di wilayah ini.

“Menerusi sesi taklimat UKAS, kami cuba untuk tidak melibatkan lemak politik dalam sesi penjelasan kerana maklumat yang disampaikan penuh dengan integriti” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan