Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri, Ricky Sani, Robert Umping, Jerry Robert dan Thomas Inau

Pastikan kepentingan Sarawak, Sabah tidak diabaikan

KUCHING, 31 Okt: Pertambahan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah bertujuan untuk memastikan suara serta kepentingan kedua-dua wilayah tersebut tidak diabaikan dalam merangka dasar di peringkat kebangsaan.

Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS), Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak (PERASA), Raban Semadak Borneo Brotherhood dan Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat Miri@Kaban Menyadi semalam yang mengeluarkan kenyatan bersama menyatakan, Dewan Rakyat adalah platform suara rakyat dari seluruh negara dan menjadi pentu arah perjalanan negara menerusi penggubalan pelbagai undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Presiden PERANTIS Ricky Sani, Presiden PERASA Robert Umping, Presiden Raban Semadak Borneo Brotherhood dan Presiden Kebajikan Persaudaraan Sahabat Miri@Kaban Menyadi Thomas Inau.

Menurut kenyataan tersebut, kepentingan dan hak Sarawak serta Sabah tidak akan terjamin berikutan gabungan kerusi mereka di Parlimen adalah kurang daripada satu pertiga.

“Dengan adanya satu pertiga kerusi tersebut, kita dapat memastikan MA63 kekal terpelihara. Dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, perkataan disebuta ialah safeguard (perlindungan).

“Suruhanjaya Cobbold ditubuh bagi menentukan sama ada rakyat Sarawak dan Sabah menyokong cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia ketika itu.

“Sebarang pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diluluskan dengan wajib dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Parlimen,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, keempat-empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut turut mengulangi gesaan dan menyokong sepenuhnya penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak selari dengan pengiktirafan sebagai wilayah yang membentuk Malaysia.

“Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat bagi kedua-dua negeri itu perlu diberikan penambahan sekurang-kurangnya untuk mencapai satu pertiga jumlah kerusi dalam Parlimen.

“Ini adalah perlindungan yang telah dipersetujui sejak perundingan semasa penubuhan Malaysia lagi. Kita amat perlu ahli Parlimen yang aktif dalam Dewan Rakyat untuk memastikan hak Sabah dan Sarawak terus dipertahankan. Sabah dan Sarawak akan menjadi pengimbang kuasa politik pada peringkat Persekutuan,” jelas kenyataan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan