Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Obor, pingat dan lagu tema untuk Sukan Musim Sejuk Asia 2025 Harbin diumumkan pada resepsi yang diadakan di sini, bersempena kira detik 100 hari sebelum sukan itu, pada Rabu. Foto CMG / Bernama

Obor, pingat dan lagu Sukan Musim Sejuk Asia 2025 diumumkan

ByBernama

HARBIN, 31 Okt: Obor, pingat dan lagu tema untuk Sukan Musim Sejuk Asia 2025 Harbin diumumkan pada resepsi yang diadakan di sini, bersempena kira detik 100 hari sebelum sukan itu, pada Rabu.

Obor itu setinggi 735mm, sebesar 115mm pada bahagian atas dan 50mm di bahagian pemegang. Temanya “Surging” membawa makna sukan musim sejuk itu penuh dengan kedinamikan dan keghairahan. Reka bentuk obor itu menggabungkan estetika moden dengan unsur tradisional China, kelihatan seumpama bunga lilac yang berkembang mekar.

Pingat sukan itu bertemakan “Spirit of Speed”. Muka depan pingat itu bercorakkan lorong pertandingan dan lambang Sukan Musim Sejuk Asia 2025 Harbin, menonjolkan aksi atlet yang kuat dan bergaya dalam pertandingan. Muka belakang pingat itu pula menampilkan landskap Yabuli, memaparkan keindahan bumi Heilongjiang.

Selain itu, lagu tema “Snow of Harbin”, menzahirkan aspirasi rakyat Asia terhadap perpaduan, persahabatan, dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sukan Musim Sejuk Asia 2025 Harbin akan membuka tirai pada 7 Feb 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan