Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata banyak permohonan diterima daripada wakil rakyat di Sabah dan Sarawak serta persatuan penjaja dan peniaga kecil yang meminta disediakan kemudahan lebih baik untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan mereka. Foto fail Bernama

KUSKOP pastikan Tamu Desa beri manfaat kepada penduduk Sabah, Sarawak – Ewon

ByBernama

KOTA KINABALU, 31 Okt: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memastikan pembinaan premis Tamu Desa yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak memberi manfaat kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata banyak permohonan diterima daripada wakil rakyat di Sabah dan Sarawak serta persatuan penjaja dan peniaga kecil yang meminta disediakan kemudahan lebih baik untuk penjaja dan peniaga kecil di kawasan mereka.

“Diharapkan pada tahun hadapan kita dapat meneruskan pelaksanaan premis Tamu Desa seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengambil kira permintaan kita dan seterusnya membentangkan sejumlah peruntukan yang boleh digunakan untuk meneruskan pelaksanaan premis Tamu Desa pada tahun depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata RM100 juta disediakan bagi membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di bawah pihak berkuasa tempatan seluruh negara, menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa Sabah dan Sarawak, serta menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ewon berkata Fasa 1 pembinaan baharu dan naik taraf 36 projek Tamu Desa di seluruh Sabah telah siap bulan ini selain KUSKOP juga telah menyerahkan Surat Kuasa Pelaksanaan kepada pegawai daerah dan penolong pegawai daerah untuk pembinaan 18 buah projek Tamu Desa di negeri itu.

Beliau berkata beberapa wakil rakyat dari Semenanjung juga telah menyatakan minat kepada KUSKOP untuk membawa program Tamu Desa ke kawasan mereka bagi membantu penduduk di luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan