Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juanda (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Michael Tiang (tengah) pada Majlis Jelajah Integriti Daerah Sibu DUN Pelawan. Foto TVS

KMKK bantu wakil rakyat pantau projek

SIBU, 31 Okt: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memainkan peranan penting dalam membantu wakil rakyat memantau projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, mereka perlu memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Menurutnya, KMKK dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan mata dan telinga kerajaan.

“Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan yang adil dan telus.

“Sebagai pemimpin akar umbi, anda adalah penjaga integriti dalam komuniti. Saya menyeru KMKK melaporkan sebarang ketidakpatuhan atau kelewatan projek agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 16 Bil.7/2024 Daerah Sibu (DUN Pelawan) di Sibu pada Khamis.

Michael Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan menjelaskan, selaras dengan visi menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030, kerajaan melalui Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) terus komited dalam membudayakan amalan integriti.

“Adalah penting untuk mengekalkan integriti dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam tugas harian atau pengurusan sumber,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, UNIONS diwujudkan bagi memberi ruang kepada masyarakat membuat aduan dan laporan terhadap ketidakpuasan berkaitan hak dan undang-undang.

“Siapa mahu buat aduan, sila buat. Kita suka jika ada orang buat aduan sebab kita mahu ada penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan bukan tuhan dan tidak tahu semua perkara. Kerajaan cuma fikir dan uruskan keperluan yang sesuai dan mungkin disukai oleh rakyat, mungkin 10 tahun yang lalu ia sesuai tapi pada masa kini ia dah tak sesuai dan perlu diubah,

“Jadi ombudsman berperanan menerima laporan dan aduan daripada rakyat. Kalau rakyat rasa hak dia tidak diagihkan dengan betul, laporkan, beritahu dengan baik,” jelasnya.

Juanda yang juga ADUN Jemoreng menjelaskan, Kerajaan Sarawak bukan sahaja meletakkan sasaran menjadi wilayah maju dalam aspek fizikal tetapi juga integriti.

“Dengan integriti, pembangunan dirancang kerajaan lebih cepat direalisasikan,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan