Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar-pelajar perempuan memakai pelitup muka ketika berjalan di sepanjang jalan di tengah kabut tebal di Lahore pada 31 Oktober 2024. Foto AFP

Kerajaan Punjab, Pakistan tutup sekolah untuk kanak-kanak berisiko tinggi kerana kualiti udara memburuk

ByBernama

LAHORE (Pakistan), 31 Okt: Kerajaan Wilayah Punjab di Pakistan telah mengarahkan semua sekolah pendidikan khas di Lahore untuk memberikan cuti selama tiga bulan kepada pelajar yang rentan terhadap kualiti udara yang buruk, bermula Jumaat, ketika kabus asap berbahaya menyelubungi bandar itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pada Khamis, Lahore mencatatkan Indeks Kualiti Udara (AQI) sebanyak 201, yang kedua tertinggi di dunia, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai “bencana.”

Menurut satu notis kerajaan, beberapa aktiviti yang menyebabkan pencemaran telah dilarang di seluruh wilayah itu, termasuk pembakaran sisa tanaman, sisa pepejal, tayar, getah, dan plastik, serta penggunaan kenderaan mengeluarkan asap yang kelihatan atau pencemaran melebihi had yang dibenarkan.

Permulaan kabus asap yang lebih awal tahun ini turut mendorong Ketua Menteri Punjab, Maryam Nawaz, untuk mengadakan kerjasama dengan Punjab di sebelah India yang berdekatan, yang menghadapi masalah serupa bersama Delhi.

Dalam laporan terbaharunya, Tabung Alam Sedunia (WWF)-Pakistan mencadangkan langkah jangka sederhana dan panjang, termasuk pembinaan kapasiti untuk petani mengenai pengurusan sisa tanaman, mempromosikan tenaga boleh diperbaharui, pematuhan dalam sektor perindustrian, penggunaan sistem pemantauan berasaskan sensor kos rendah, ujian pelepasan kenderaan mandatori, dan pengurusan trafik bersepadu.

Laporan itu mengenal pasti penyumbang utama kepada kualiti udara yang buruk sebagai pelepasan kenderaan, pembakaran sisa tanaman, aktiviti perindustrian, dan pembakaran arang batu.

Ia juga mencadangkan pemerkasaan penggunaan kenderaan elektrik (EV), peningkatan model pembangunan mampan, pengasingan zon perindustrian, pengembangan rangkaian transit massa, dan peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan