Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto TVS

Kebocoran saluran paip dipercayai punca lubang benam di Jalan Tun Jugah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 31 Okt: Kejadian lubang benam di Jalan Tun Tugah berpunca daripada bahan asas yang longgar dan lembap.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia hasil pemeriksaan visual dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“Penyiasat mengenal pasti sistem saliran bawah tanah di bawah laluan kaki lima berhampiran lubang benam tersebut dengan penutup lubang pembetung terletak kira-kira dua meter dari lokasi.

“Berdasarkan dapatan awal, lubang benam itu mungkin disebabkan kebocoran dari saluran paip air hujan yang disambungkan ke tempat letak kereta kompleks beli-belah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau mengarahkan jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada pegawai kanan JKR dibentuk untuk menjalankan pemeriksaan terperinci dan menilai potensi kejadian lubang benam tambahan di kawasan tersebut.

“Melalui Pusat Penyelidikan JKR Sarawak, teknologi Radar Penembusan Tanah (GPR) akan digunakan untuk menjalankan siasatan terperinci dan memastikan tiada lubang benam tambahan di bawah jalan raya,” ujarnya.

Tambahnya, analisis menyeluruh tersebut dijadualkan siap pada 15 November nanti.

Sementara itu menurutnya, hasil dapatan juga mendapati lubang benam tersebut berukuran 1.3 meter x 1.7 meter dengan keadalaman 0.75 meter.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan