Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada Majlis Sambutan 15 Tahun Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub di Dewan Majma Tuanku Abd Halim Mu'adzam Shah, Kuching, hari ini. Foto TVS

Kakitangan TATTARY ikuti ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

KUCHING, 31 Okt: Seramai 15 orang kakitangan Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (TATTARY) yang terdiri daripada pengurusan dan guru-guru telah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Open University Malaysia sejak tahun 2022.

Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata, langkah ini bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat, serta menitikberatkan pembangunan guru dan kakitangan untuk sekurang-kurangnya memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak.

Katanya lagi, usaha untuk memberikan latihan profesional kepada kakitangan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang akan memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan di TATTARY.

“Kami yakin latihan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak akan memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan di TATTARY,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan 15 Tahun Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub di Dewan Majma Tuanku Abd Halim Mu’adzam Shah di sini, hari ini.

Tambahnya, LAKMNS sentiasa memastikan TATTARY bergerak selari dengan keperluan semasa dengan melengkapkan kelas-kelas dengan komputer dan televisyen termasuk kemudahan internet agar kepesatan perkembangan teknologi dapat di satu padukan ke dalam persekitaran pembelajaran sedia ada.

Ujarnya lagi, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan pendidikan di TATTARY setanding dengan tadika-tadika lain dengan hasrat menjadikannya sebagai sebuah tadika yang unggul dalam melahirkan generasi al-Quran profesional yang kompeten dan mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan